Search This Blog

Monday, November 2, 2009

Invitation to view a photo from mansortkm's Picasa Web Album - Mansor Othman

You are invited to view a photo from mansortkm's photo album: Mansor Othman
To share your photos or receive notification when your friends share photos, get your own free Picasa Web Albums account.

Tuesday, July 7, 2009

Suhaimi Bakar wants to keep up with you on Twitter

Suhaimi Bakar wants to keep up with you on Twitter

To find out more about Twitter visit http://twitter.com/i/10ff7b1b127bedc4f7f8a67c886a836102acd094

Thanks,
— The Twitter Team

About Twitter

Twitter is a unique approach to communication and networking based on the simple concept of status. What are you doing? What are your friends doing—right now? With Twitter, you may answer this question over SMS or the Web and the responses are shared between contacts.

This message was sent by a Twitter user who entered your email address. If you'd prefer not to receive emails when other people invite you to Twitter you can opt-out

Please do not reply to this message; it was sent from an unmonitored email address. This message is a service email related to your use of Twitter. For general inquiries or to request support with your Twitter account, please visit us at Twitter Support.

Rencah Pejuang: Kemana Arah Perjuangan.

Rencah Pejuang: Kemana Arah Perjuangan.

Tuesday, April 21, 2009

Kemana Arah Perjuangan.

Kemelut di negeri Perak belum selesai, kemudian Kedah... diselesaikan dengan pilihanraya kecil Bukit Selambau. Selangor... juga selesai...di meja rundingan berasaskan falsafah tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Terkini Penanti...bagaimana pula cara penyelesaiannya..adakah melalui PRK juga atau beralah yang bukan bererti kalah. Timbul pula pergolakkan di Perlis.. siapakah sepatutnya jadi ketua perhubungan negeri. Di Trengganu pun ada komplot nak menjatuhkan MB... . Di Pahang apa kurang. 
 
Kemanakah kemelut-kemelut ini akan membawa kita? Adakah kearah yang lebih baik atau ianya akan melambatkan proses kemajuan yang telah pun terencat jika dibandingkan dengan Singapura, Taiwan, Jepun, Korea yang seangkatan dengan Tanah Melayu.
 
Siapa yang dapat apa? Yang pastinya kuasa politik orang Melayu semakin lemah. Lemah kerana orang Melayu sendiri. Konsep perkongsian kuasa yang pada asalnya nampak berhasil kini mula berubah menjadi perkongsian hak. Hak adalah sesuatu yang istimewa, jangan di ganggu gugat, tak kira siapa, ianya adalah sesuatu yang harus dipertahankan walau apa cara sekali pun.
 
Kemana Arah Perjuangan dalam menuntut hak yang berbagai-bagai ini dan yang paling malang ianya saling bertindih antara satu sama lain. 

Monday, April 13, 2009

Perjuangan yang belum selesai.

Lepas satu, satu.
Itulah keluhan para pejuang. Kenapa selepas 6 tahun, kenapa selepas bejabat salam, berdakap-dakapan di khalayak ramai. Sekarang susah jelas dan nyata T M tidak dapat menerima maaf dan tidak memaafkan T A.
Isu jambatan bengkok, penjualan MV Agusta, pembinaan jambatan ke2 di PP dan isu-isu lain yang secara tidak langsung menjawab persoalan Kenapa T M keluar parti dan Kenapa T M tidak dapat memaafkan T A. Semua ini akan di jawab oleh T M sendiri melalui tindakan dan kenyataan-kenyataan yang mendatang.
Apa kata T A tentang ini semua. Kalau individu lain tentu dah mula melatah. Kemungkinan keluar parti jelas sekali.
Apa tidaknya, tak habih-habih. Apa lagi sudah la... cukup la... sampai bila nak selesai macam ni......

Tuesday, April 7, 2009

Tiga PRK 20 Pejuang berbeza Perjuangan

Bukit Selambau di Kedah, Bukit Gantang di Perak dan Batang Ai di Sarawak tiba-tiba jadi tumpuan, tak perlu kempen Jom Pi Kedah... tak payah terkojer-kojer ke Perak .... tak usah susah-susah ke Sarawak.

Masing-masing kata ada peluang, peluang untuk memberi khidmat dan tanggungjawab kepada pengundi atau peluang untuk menghukum pengundi yang tidak memberi undi.
Peluang untuk mengkayakan diri, kaum kerabat, sahabat handai dan pengampu. Peluang untuk menjadi popular dengan mengotakan janji semasa berkempen. Peluang menebus kesilapan lalu. Peluang mendapat kepercayaan rakyat menjelang PRU 13.

Peluang menjadi Pejuang.

Saturday, April 4, 2009

Perjuangan akhir pejuang terakhir

Semalam 3hb April, 2009 adalah sejarah. Perdana Menteri Malaysia yang Ke6 telah pun diperkenankan oleh YDP Agong setelah PM5 melengkapkan peralihan pucuk pimpinan yang di terajuinya sejak 5 tahun yang lalu. Sayang seribu kali sayang, semasa menerajui, bertalu-talu peluru terpaksa ditepis dari kiri , kanan, depan ,belakang, dalam, luar, atas, bawah dan tidak terkecuali di alam maya siber. Namun dengan terlaksananya teori RAHMAN beribu-ribu kata sayang pula yang berkumandang dari pagi sampai ke malam. Kalau betul-betul suka, kenapa baru sekarang kenapa tidak semasa Tun A jadi PM ? Episod apakah selepas ini. Perjuangan seorang pejuang tidak akan berakhir di sini.

Thursday, April 2, 2009

Perjuangan pejuang berjuang.

Assalamualaikum,

Perjuangan seorang pejuang yang berjuang demi untuk agama,bangsa dan negara. Seorang pencari nafkah dalam sesebuah keluarga juga adalah merupakan perjuangan seorang pejuang yang berjuang demi untuk anak-anak, isteri dan masa depan keluarga. Apakah kesamaan nilai perjuangan sebegini dihayati bilamana kita memperkatakan tentang perjuangan yang belum selesai atau lawan tetap lawan. Adakah atas nama politik perjuangan yang asalnya murni ini dilupai atau sengaja di humban jauh-jauh sehingga bila keadaan memerlukan amat sukar men carinya.