Search This Blog

Tuesday, April 21, 2009

Kemana Arah Perjuangan.

Kemelut di negeri Perak belum selesai, kemudian Kedah... diselesaikan dengan pilihanraya kecil Bukit Selambau. Selangor... juga selesai...di meja rundingan berasaskan falsafah tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Terkini Penanti...bagaimana pula cara penyelesaiannya..adakah melalui PRK juga atau beralah yang bukan bererti kalah. Timbul pula pergolakkan di Perlis.. siapakah sepatutnya jadi ketua perhubungan negeri. Di Trengganu pun ada komplot nak menjatuhkan MB... . Di Pahang apa kurang. 
 
Kemanakah kemelut-kemelut ini akan membawa kita? Adakah kearah yang lebih baik atau ianya akan melambatkan proses kemajuan yang telah pun terencat jika dibandingkan dengan Singapura, Taiwan, Jepun, Korea yang seangkatan dengan Tanah Melayu.
 
Siapa yang dapat apa? Yang pastinya kuasa politik orang Melayu semakin lemah. Lemah kerana orang Melayu sendiri. Konsep perkongsian kuasa yang pada asalnya nampak berhasil kini mula berubah menjadi perkongsian hak. Hak adalah sesuatu yang istimewa, jangan di ganggu gugat, tak kira siapa, ianya adalah sesuatu yang harus dipertahankan walau apa cara sekali pun.
 
Kemana Arah Perjuangan dalam menuntut hak yang berbagai-bagai ini dan yang paling malang ianya saling bertindih antara satu sama lain. 

1 comment: